Sunny fotografi diasaskan
pada tahun 2010 oleh 5 sahabat iaitu, NORASIAH BINTI IBRAHIM, ELSEY ANAK KEN, PHILISSA ESTHER IAN ANAK GINOL, SYAZANA
BINTI KHASAMI dan NUR HIDAYAH
BINTI MEZAN. Sunny Fotografi mempunyai matlamat tersendiri untuk memberikan perkhidmatan khusus yang bermutu
tinggi dalam fotografi, videografi dan audio visual perkahwinan. Selain itu, Menyediakan perkhidmatan yang menjamin kualiti yang terbaik, merakamkan
detik-detik indah untuk di abadikan, bersaing dengan bangsa asing di
Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa, membuka minda dan berkongsi
maklumat dan ilmu mengenai dunia fotografi.
Sebelum menubuhkan
Sunny Fotografi, kami telah berjinak-junak dahulu sebelum memulakan syarikat
ini bagi mendapatkan pengalaman dan mencari ilmu dalam bidang fotografi ini. Kami
juga pernah berkhidmat sebagai jurugambar di sebuah syarikat penerbitan yang
terkenal dan juga pernah berkhidmat sebagai jurukamera video dengan sebuah
stesen televisyen tempatan. Disamping
itu, beliau juga banyak mendapat tunjuk ajar secara peribadi dari beberapa
orang jurugambar terkemuka tanahair bagi menambahkan ilmu yang sedia ada.
Melalui kepakaran
yang dimiliki oleh kami dalam bidang fotografi ini, kami akan berusaha dengan
menghasilkan kualiti gambar seperti yang berkualiti dan sistem kerja konsistan
kepada setiap pelanggan kami agar setiap pelanggan berpuas hati dengan setiap
hasil kerja yang telah kami laksanakan.
Sebagai salah sebuah syarikat perintis dalam kelas perniagaan sebegini, Sunny telah kehadapan dalam banyak perkara. Antara yang paling penting adalah pencapaian dalam kecekapan kerja dimana setiap kerja yang dijalankan dapat dilakukan dengan cepat, tiada kesilapan dan seterusnya menyumbang kepada penggunaan kos yang paling minima. Maka dengan sebab itulah, kami boleh menawarkan harga yang begitu kompetitif disamping kualiti dan perkhidmatan yang cemerlang.

Di Sunny, kami juga percaya, gambar yang
cantik sahaja tidak memadai untuk para pelanggan kami. Dengan pengalaman
memberi khidmat kepada ratusan pelanggan sejak ditubuhkan, kami juga amat
menitik beratkan layanan yang terbaik kepada semua pelanggan kami. Kami bukan
sahaja menjual perkhidmatan, malah memberikan khidmat runding cara percuma
dalam pengimejan perkahwinan bagi membantu bakal pengantin membuat persediaan
untuk majlis perkahwinan mereka. Sebagaimana kejayaan kami dengan para
pelanggan kami yang terdahulu, kami yakin akan sentiasa dapat memberikan yang
terbaik kepada para pelanggan kami yang akan datang.
No comments:
Post a Comment